Kuantan - seorang jururawatditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Termeloh, malam tadi
Ketua Jambatan Siasat Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata, polis menerima laporan dari orang awam kira-kira jam 11.40 malam
"Mayat wanita terbabit yang berusia 25tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecah pintu bilik yang di kunci dari dalam setelah mendapati magsa tidak menyahut panggilannya"katanya hari ini.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat
"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah belaku. Bagaimanapun polis masih menyiasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. kata Mohd Zakaria.
Sementara itu seorang lelaki turut ditemui mati tergantung di pokok rhu dengan tali nilon kira-kira 50 meter dari Pantai Kuala Pahang.
Mayat mangsa ditemui oleh seorang nelayan kira-kira jam 6.30petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 30 tahun adalah seorang duda.dan mempunyai seorang anak lelaki.
Kes turut diklasifikasi sebagai mati mengejut.
gambar hiasan.....