Ahad, 7 April 2013

Bayi Baru Lahir Dibuang, Ditekup,Dipukul Hingga Mati Dan Dibuang Tepi Jejambat....


PETALING JAYA- Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan dibungkus dengan kain selendang di temui di jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh - Kepong, semalam...

Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7pagi.

Difahamkan lelaki itu curiga melihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan tersebut dan menemui bayi perempuan yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan disitu beberapa jam sebelum ditemui. Menurutnya kesan kecederaan didapati di mata kiri mayat bayi tersebut. Tali pusat bayi tersebut telah dipotong dan disapukan ubat luka.

"Bayi tersebut mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan dimata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung mayat bayi berkenaan.

"Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat," katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat bayi tersebut dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini
boleh menghubungi balai polis terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan