Selasa, 16 April 2013

PELAJAR TINGKATAN 3 PENDARAHAN TERUK DIROGOL



Teluk Intan- Pekanalan singkat ketiks menghadiri kenduri khawin kakak di Kampung Gajahyang baru tiga bulan mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)apabila dia menjadi mangsa rogol oleh temannya itu.

Dalam kejadian sabtu lalu, mangsa berusia 15 tahun baru berkenalan dengan suspek dan diajak keluar
berjalan-jalan di sekitar Teluk Batik kemudiannya ke Teluk Intan sebelum di ajak gadis itu ke rumah abang suspek di Labu Kubong.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata suspek berusia 19 tahun itu membawa pelajar sebuah Sekolah Kampung Gajah ke sebuah rumah kosong milik abang lelaki tersebut di Labu Kubong

Menurutnya setiba ke tempat kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari, sabtu lalu suspek yang berkerja sebagai buruh kasar membawa masuk mangsa sebelum merogol pelajar tersebut.

"Selepas memuaskan nafsu, mangsa mengalami pendarahan teruk akibat dirogol suspek sebelum lelaki itu membawa pelajar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk pemeriksaan".


"Ketika suspek membawa mangsa ke HTI, petugas bertanya apa yang terjadi dan lelaki itu menjawab bahawa pelajar tersebut terjatuh," Katanya kepada Sinar Harian, disini semalam.

Kok liang berkata petugas HTI tidak puas hati dengan jawapan yang di berikan oleh suspek, turut menyoal kepada mangsa sebelum mengaku dirogol lelaki tersebut.

"Kami menahan suspek bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut".

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat dibawa Seksyen 376 Kanun Keseksaan".katanya.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan